@Kemaman...

setelah setahun setengah di kemaman, saya xpenah tunjuk rumah staffhousekan. arini cuti dan tgh fening2 wat fe1 project, apa salahnya rehat jap sambil update blogkan. nak story pasal umah yang aku dok skang di kemaman. hahaha. mmg ketandusan idea. anyway, mari bercerita. sila lihat di atas, itulah umahnya. umah ni dekat compound geliga. just opposite tempat satar yang glamour dekat kemaman nie. nak mkn satar sedap, cross jalan je xsampai seminit. nyum~ nyum~ dan 15 minit je ke cherating. kitorg dudok 4 org, me henry dan 2 engineer drilling, malisa dan siti. tapi slalu xjupe coz masing2 sebok keje dan sometimes naek laut. lihatla keta ayah saya yang tgh parking elok je depan umah. trima kasih keta ayah yang byk menyumbang saya pergi jalan2 lepas keja utk melepaskan serabut di kepala. kalu x, naik pick up pegi balik ofis je. buhsan. love you ayah~

mari2 masuk umah. gambar yang atas tuh living room dan meja mkn. tempat melepak sambil mkn2 dan menonton tv. ataw pon tempat menyiapkan keje2 ofis yang berlambak dari ofis. hehe. kat bwh tuh kitchen dan tempat basuh baju. untuk pengetahuan sume, jarang sgt dapur nie berasap coz keje sebok gila sampai xde mase nak masak2. balik umah pon da mlm. xkose nk masak, baek kua mkn kat lua. sepbaek ade maid dtg cuci2 umah dan baju. xkose jugak nk kemas umah ye. balik umah trus terlentang atas katil. masyaAllah anak dara zaman skang. hmmmm, depends same dengan keje masing2 ye. jgn nk judge sesuke ati.

jom naek atas menuju ke bilik gua. hehehe. seperti yang dilihat itu adalah tangga menuju ke bilik saya dan menurun ke bwh. itu la bilik saya. katil yang semak dan penuh dgn laptop dan buku2 nk study. yang bawah tuh adalah almari utk menyimpan baju2 bagai. masih kelihatan brg2 shopping di lantai. abaikan.

seterusnya toilet dalam bilik saya. suke. bagi saya paling penting adalah toilet yang bersih. sekian. gambar sebelah itu adalah supplement yang diambil bagi menjaga kesihatan dalaman dan luaran dan tidak lupa jugak utk kurus. oooopssss. kantoi. anyway, yang bwh tuh adalah meja yang dipenuhi oleh buku2 dan nota2 yang terpaksa di study bagi persediaan ke school nanti.

ok. ini meja tepi katil yang disukai. dipenuhi buku2 cerita tapi xsemua bace abes lg. hahahaha. dan magazine2 yang dibeli hanya untuk melihat baju2, kasut2 dan aksesori yang dipakai oleh model saja. xkose nak bace. hahahahaha. yang paling saya suke adalah frame gambar mak dan ayah. =)

okey, ini adalah katil saya. cadar yang dibeli oleh Lisa cantekkan. now dia da transfer ke Qatar. jadi dia kasi dekat saya. nampak x bantal busuk warna biru tuh, saya panggel dia bantal fish. kemana saja pergi, bantal fish mesti dibawa bersama. gambar bawah tuh adalah brg2 make up dan untuk penjagaan muka serta perfume mak nenek bagai. sebelah tuh plak, segala handbag2 saya yang dibeli dari Dubai, Abu Dhabi, Kuantan, KL dan tak terkecuali US. hahahah. itu pon pesan dekat org.

jom selongkar almari jom. tgk tuh penuh gila barang2 saya. kak syikin kalu dtg umah. mak aih byknye barang awak dik. sorry la, kaki shopping. perangai kaki shopping yang diwarisi dari emak saya. nie br separuh, lg separuh di kedah. hahahahaha. xsabar nak ade rumah sendiri dan wat wardrobe sendiri. berangan~

ok. mari lihat permandangan dari balkoni. gambar atas tuh, adalah dari balkoni. balkoni nie share dgn bilik si henryna. yang bawah tuh gambar dari tingkap bilik saya. nampak x, dekat gile dgn pantai. bgn pagi2 lepas suboh, bes sgt dgr bunyi ombak dan burung2. mesti bukak pintu bagi angin2 masuk bilik sambil bergolek atas katil. nyaman je rasa sambil lihat laut biru dan matahari terbit celah2 pokok rhu. then, baru terhegeh2 bersiap ke ofis takut terstuck dlm jammed. overkan kemaman jammed.

jom keluar rumah plak. gambar atas tuh adalah pintu masuk dari dapur. yang sebelah tuh plak living room kitorg yang facing to the beach. bes bes lepak dekat living room sambil dengar ombak melepas pantai. gambar bwh tuh is pintu ke pantai. aku plan nak buat bbq ngan si henry nanti bila dedua org ade kat umah. bes bes~

dalam compound nie ada playground dan swimming pool. kawasan compund nie sepbaek ade security 24 hours. mmg selamat utk kitorg yang pompan nie. nak bukak pintu luas2 dan tingkap luas2 pon xkesah. actually, ini umah ketiga aku coz umah sebelum2 nie ade manusia2 bernama laki yang slalu nk kaco kitorg dan ade masalah security. abaikan cita pasal tuh. mls nk cita. hahaha. kepada kawan2 yang sudi nak dtg melawat saya di kemaman, silalah roger awal2. yang xsudi sila abaikan. leh bli brg2 wat bbq kan. chiao~